
KITARAN HIDUP
Baru Berkahwin :: Rumah Pertamaku :: Anak Pertamaku :: Asetku :: Hari Tuaku :: Hiburanku
:: Baru Berkahwin ::
Mendirikan rumah tangga adalah satu langkah sulung untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar. Ini bermakna, anda sudah bersedia untuk mempunyai kediaman dan tidak lama lagi, akan berkeluarga. Membuat perancangan awal amat penting kerana ia akan membantu anda mengecapi kenikmatan hidup di kemudian hari. Oleh itu, anda dan orang tersayang mestilah dilindungi daripada ketidaktentuan dan risiko hidup. Apabila anda ingin memulakan hidup baru, anda perlukan pelan perlindungan insurans mudah yang menawarkan anda pelan yang fleksibel dan pilihan untuk memilih jenis dan jumlah perlindungan yang anda perlukan.
::Anak Pertamaku::
Setiap ibu bapa memiliki impian untuk menyediakan segala yang terbaik dan sempurna buat anak-anak mereka, sejak mereka dilahirkan lagi. Pendidikan anak-anak mestilah diberikan keutamaan, tetapi ia juga menjadi satu kebimbangan kepada ibu bapa masa kini. Pendidikan yang sempurna adalah penting untuk anak-anak anda melangkah penuh kejayaan. Ia tidak berlaku begitu sahaja, anda perlukan sebuah pelan untuk mencapainya. Cara terbaik untuk menyediakan anak anda agar mereka mendapatkan pendidikan yang sempurna adalah dengan bersedia untuk menghadapi perbelanjaan kos pendidikan yang tinggi. Merancang awal dengan menyimpan demi masa depan anak-anak anda.
::Hari Tuaku::
Anda sudah bersedia untuk meniti hari tua anda. Inilah tempoh waktu untuk anda menikmati hidup dengan penuh keselesaan setelah bersara tanpa perlu risau untuk mengekalkan taraf hidup yang anda sudah terbiasa suatu ketika dahulu. Ya, anda perlu untuk berjimat secara sistematik untuk menikmati gaya hidup yang selesa selepas bersara. Ini bermakna, kini adalah masa yang paling sesuai untuk anda merancang menghadapi saat persaraan anda nanti agar hidup anda nanti penuh bermakna.